Tuesday, 17 September 2013

PENGENALAN KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendangKulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.



INI KOMPANG 

SUMBER RUJUKAN

Jika ingin keterangan yang lebih lanjut mengenai Kompang, Klik Sini

Friday, 6 September 2013

PERSEMBAHAN DI S.U.K SEKSYEN 8

Pada 2 bulan yang lepas, kelab kami telah menerima jemputan yang mengejutkan O_o daripada DATIN ZUNAIDAH untuk bermain kompang di majlis perkahwinan anaknya. Persembahan kami telah diadakan di DEWAN S.U.K SHAH ALAM. Setinggi-tinggi penghargaan kepada C.HALID "Lagenda Kompang Malaya" yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan meluangkan masa beliau untuk kami sehingga kelab kami diiktiraf sebagai antara KELAB yang berjaya, kaya dan masyhur di sekolah.
mangan" sebelum persembahan

antara best player kompang ZAPIN

BAJU AWAY KAMI

duet bersama PSY

best player ditemu ramah


KOMPANG BERTARAF DUNIA

persembahan pertama kami.. mendapat tajaan daripada cikgu halid.. makan ikan keli shoOOdap..